Blog

TEPUK-TEPUK CANTIK SEMPURNA TANPA CELA

BB Cushion untuk Semua Jenis Kulit Muka

Shalicious BB Cushion | Anda tahu apa itu BB Cushion? Asalnya ia daripada krim BB yang sering dijual dalam tiub. Kini, ia didatangkan dalam bekas kompak mengandungi kusyen yang mengandungi cecair krim BB dan span yang mampu meresap krim digunakan untuk meratakan krim di muka.

Huruf BB pula datang daripada perkataan ‘Beauty Balm’ atau ‘Blemish Balm’. Krim BB bukan hanya berfungsi untuk memberi litupan sempurna pada kulit wajah, ia juga turut merawat kulit supaya menjadi lebih sihat dan segar. Antara manfaat penggunaan BB Cushion adalah untuk penjagaan kulit seperti perlindungan UV, penghidratan, kawalan pori-pori, pencerahan dan mengandungi bahan-bahan anti-penuaan.

BB Cushion semakin menjadi pilihan ramai kerana bekas kompak tersebut mudah digunakan dan dibawa ke mana saja. Mai juga salah seorang yang gemar menggunakan BB Cushion kerana banyak fungsi. Disebabkan Mai bukan kaki mekap, BB Cushion jadi pilihan. Baru-baru ini, Mai telah diperkenalkan dengan Shalicious BB Cushion. Agak-agak best tak produk ni?

 

Sejujurnya, Mai baru pertama kali mendengar jenama ini. Tapi hasilnya membuatkan Mai jatuh hati dengannya. Mudah digunakan. Hanya tepuk-tepuk pada kulit muka dengan sekata, terus flawless, bersinar dan ceria sebab BB cushion ini memudahkan kerja Mai. Tidak melekit dan kulit terasa lembut sepanjang hari. Baunya juga wangi. Kini, ia menjadi barang yang wajib ada dalam beg tangan.

Cuba lihat gambar di bawah ini. Berbeza kan kiri dan kanan muka Mai ini? Sebelah kiri muka Mai sudah mengenakan Shalicious BB Cushion warna Light Beige*. Sebelah kanan pula tidak menggunakan BB cushion. Gambar ini tidak menggunakan sebarang filter.

Di bawah ini pula gambar Mai setelah menggunakan Shalicious BB Cushion pada keseluruhan wajah. Gambar ini juga tanpa menggunakan filter. Nampak sekata dan tidak bercapuk kan? Sukanya!

Alhamdulillah kulit muka Mai tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Cuma ada sedikit pori terbuka di kawasan hidung dan pada pipi di tepi hidung. Bawah mata juga kelihatan sedikit lebam. Jadi, dengan menggunakan Shalicious BB Cushion, ia mampu menutup masalah tersebut.

Fungsi Shalicious BB Cushion

Seronok je rasa bila kulit muka nampak licin dan bersinar. Keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai pun makin bertambah. Betul kan? Mana tidaknya, kesan cela pada kulit muka dapat disorok dengan menggunakan Shalicious BB Cushion yang memberi litupan sempurna.

 

Shalicious BB Cushion diformulasikan dengan PhytoCellTec™ Malus Domestica, satu persediaan liposomal berasaskan sel stem epal Swiss. Ia membantu kulit untuk mengekalkan ciri-ciri dan keupayaan untuk membina sel baru. Ia juga melambatkan penuaan dan mempunyai kesan anti kedut. BB Cushion ini adalah satu pilihan bagus untuk kita semua tau.

Diperkayakan dengan formula biji Vitis Venifera (anggur), arbutin semulajadi, Vitamin E, Vitamin C, Gluthathione dan Saccharid Isomerite, BB Cushion ini menjadikan kulit lembut, bebas minyak dan sempurna tanpa cela.

Seperti yang telah diperkatakan tadi, Shalicious BB Cushion tidak hanya memberi litupan sempurna pada kulit wajah tetapi ia juga berfungsi sebagai:
  • Losyen perlindungan daripada UV, mengandungi SPF 35++
  • Krim yang membantu mencerahkan kulit
  • Krim anti penuaan dan anti kedut
  • Memperbaiki kulit wajah
  • Pelembap kulit wajah
Siapa yang tidak suka dengan kulit wajah yang licin dan bersinar kan? Kalau anda mahukan kulit wajah nampak licin tanpa cela, apa kata cuba gunakan Shalicious BB Cushion yang sesuai untuk semua jenis kulit ini.

Cara Menggunakan BB Cushion

Sebelum menggunakan BB Cushion, sapu pelembap ke seluruh wajah. Biarkan ia meresap ke dalam kulit. Kemudian, bolehlah mula memakai BB Cushion.Tekan sedikit sahaja span pada kusyen supaya tidak membazir krim BB dan tidak mencomotkan bahagian atas span. Tepuk-tepuk span yang sudah ada krim pada kulit wajah dengan lembut sehingga nampak sekata. Dap dap kan ye, jangan seretkan span itu di muka.

HOT: 9 Petua Mencantikkan Wajah

Selepas itu, bolehlah mengenakan bedak pada wajah supaya krim BB tahan lebih lama dan bebas minyak.

Puas Hati dengan Shalicious BB Cushion

Kalau anda nak tahu, ramai pengguna yang berpuas hati dengan hasil pemakaian Shalicious BB Cushion ini. Ramai yang telah memberikan maklum balas positif tentang produk ini. Antaranya:

             

 

             

 

Best kan? Kalau anda berminat dengan Shalicious BB Cushion, anda boleh ke laman mereka seperti di bawah ini untuk sebarang pembelian dan mengetahui maklumat lanjut tentang produk ini:

Facebook:  Shalicious Empire SDN BHD
Instagram: shalicioushq
Laman web: www.shalicious.my
Nombor telefon: +60 11-5666 4642
* Mai dapat warna BB Cushion yang agak cerah daripada kulit Mai 😁 Lepas ini Mai nak cuba warna Medium Beige pula, yang ini baru lebih padan kulit Mai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *