Blog

SHALICIOUS EMPIRE SASAR JUALAN RM25 JUTA TAHUN DEPAN

Date: November 21, 2019 Sinar Harian

PENGELUAR jenama kosmetik Shalicious Empire Sdn Bhd menyasarkan jualan RM25 juta pada tahun hadapan.
Pengasasnya, Wan Nur Siti Aishah Wan Hasan,23, berkata, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai hasil pengembangan pasarannya ke Indonesia.

 

Menurutnya, syarikat komited melebarkan sayap ke seluruh negara jiran itu berdasarkan permintaan yang menggalakkan dari pengguna di sana.

Buat masa ini, Shalicious sudah menapak di beberapa kawasan di sana. Oleh itu, fokus kami selepas ini adalah keseluruhan pasaran di sana dan seterusnya di seluruh dunia,” katanya kepada Bisnes Harian.

 

 

Mula bertapak sejak empat tahun lalu, Shalicious telah mengeluarkan 10 jenis produk yang terdiri daripada makanan tambahan, penjagaan kulit dan kosmetik.

Sehingga kini, syarikat berkenaan mempunyai lebih 1,000 ejen jualan di seluruh negara termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *