Kuala Lumpur – Shalicious Empire Sdn Bhd telah melancarkan satu produk kosmetik baharu iaitu BB Cushion sebagai melengkapkan dan menyerlahkan keanggunan para wanita. Pelancaran telah diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran terbaru syarikat selain memberi pengkongsian tentang kebaikan BB Cushion bagi menggalakkan individu yang ingin kelihatan cantik dalam masa yang singkat disamping merawat kulit dan menampilkan kecantikan diri.
Menurut pengasas Shalicious Empire, Puan Wan Nur Siti Aisyah binti Wan Hasan, produk baharu ini diasaskan bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.
Beliau turut menyatakan, persaingan pasaran menjadi satu pembakar semangat baginya untuk terus maju dalam perniagaan disamping melebarkan sayap ke persada perniagaan luar negara terutama di Indonesia, Brunei, Singapura dan lain-lain negara lagi.
Menyedari kepentingan untuk menyediakan produk pada harga mampu milik serta memberi kebaikan kepada pengguna, Shalicious Empire Sdn Bhd telah membantu menghasilkan BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.
Pelancaran BB Cushion ini telah dimeriahkan oleh agen stokis yang mempunyai jumlah jualan tertinggi serta dihadiri oleh selebriti media sosial sebagai salah satu pendekatan syarikat untuk memasarkan BB Cushion agar diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Pelancaran ini juga telah dimeriahkan dengan penyampaian hadiah istimewa bagi 3 stokis terbaik (berdasarkan jumlah jualan) di mana telah dimiliki oleh:
Top 1 – Putry Anggria (stokis indonesia) yang menerima hadiah percutian ke Maldives selama 3 hari 2 malam (tiket penerbangan + hotel) beserta trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.
Top 2 – Siti Zaliha Kamarudin (stokis Kuala Lumpur) yang menerima hadiah percutian ke Bali selama 3 hari 2 malam (tiket penerbangan + hotel) beserta trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.
Top 3 – Noor Nadhirah Abd Aziz (Stokis Terengganu) yang menerima trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.
“Majlis pelancaran ini diadakan bertujuan menghargai semua yang menyokong perkembangan Shalicious sejak syarikat ini ditubuhkan sehingga sekarang. Sokongan penuh semua pihak amat bermakna dan majlis ini juga diadakan bertujuan meraikan agen dan stokis terbaik yang memiliki pencapaian jualan tertinggi.”
“Majlis ini juga merupakan satu majlis yang telah dirancang sekian lama sebagai majlis meet and greet founder dengan semua pihak yang menyokong selama ini.” katanya kepada wakil media.
BB Cushion yang akan menembusi pasaran Indonesia dan Brunei selain Malaysia bakal dijual secara rasmi bermula 25 April 2019 sejurus selepas ianya dilancarkan. Walaubagaimanapun, ianya sudah mula dijual secara pra pasaran bermula 4 April 2019.
BB Cushion kini boleh didapati menerusi agen, stokis serta ibu pejabat Shalicious pada harga RM77 sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk terbaru dan rangkaian produk
Shalicious, sila layari laman web rasmi di https://shalicious.com.my/shop/
Mengenai BB Cushion
- Anti Aging
- Hydrating
- Perfect Cover
- SPF 35++
Makeup Foundation – Tidak melekit dan kulit kekal lembut sepanjang hari
UV Protection – Hadir dengan SPF 35++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV
Perfect Cover – Gabungan tekstur bedak dan cecair mengekalkan kelembapan wajah tanpa menyebabkan kulit kelihatan bercampuk
Anti Aging – Mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah – Melambatkan proses penuaan
Whitening & Repairing – Membantu menyamar cela, pori besar dan parut jerawat